Wednesday 15 January 2014

Husnudzon.

Bismillahhirahmannirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah untuk harini dan seterusnya. Bersyukur kepada Allah, kita dapat terus bernafas dan bertaubat.

Ketika sering merungut apabila kesilapan orang lain, kita pula terpaksa perlu betulkan. Janganlah merungut. Mari husnudzon.

*******************************************************************

Semalam, Zaki (bukan nama sebenar) dan aku punya turn untuk memasak untuk kawan yang lain. Alhamdulillah, rezeki. Masak apa? Yang pasti bukan kangkung, laku kangkung semalam kat market mall sebab harga turun tau. *back to story*

Selesai memasak, selesai makan kami berlima semua. Aku dengan Zaki pergi membasuh kat bilik pantri. Yang lain basuh di pantri aras bawah.

"Aku geram betul lah. Ni mesti kerja-kerja budak pengotor."

Aku terkejut terus cepat cepat masuk bilik pantri tu.

"Asal kau?

"Tengok lah sinki ni, habis sisa sisa tak buang. Geli aku. Aku jugak kena buang."

Aku tersenyum.

"Zaki, kita husnudzon."

Zaki menepik.

"Nak bersangka baik apa dengan budak budak pengotor tu."

Aku balas senyum.

"Bersangka baik sebab Allah biarkan semua ni."

"Sebab?"

"Sebab nak bagi pahala free kat kau. Kau sekarang buat benda baik. Jadi, dapat pahala. Kau bersihkan tempat kotor, kau dapat pahala. Kau buat dengan ikhlas, kau dapat pahala. Allah sayang kau. Allah nak bagi pahala kat kau."

Zaki terdiam, lalu terus buang sisa tersebut.

"Betul jugak cakap kau. Tak terfikir aku. Ikut sangat baran, sampai terlupa Tuhan."

*******************************************************************

Kadang kita lupa sesuatu yang buruk dan teruk tu, ada yang indah dan baik terselit sebaliknya.
Selamat beramal soleh, sahabat.

Thursday 9 January 2014

Bersyukurkah Kita?

Bismillahhirahmannirrahim. Assalamualaikum.
Maaf jarang update entry. Cuma update apa yang dapat dikongsikan.

Aku nak berkongsi satu pengalaman dimana membuatkan aku juga terdiam seketika, bergenang air mata bila mengingatinya kembali. Allah. Cuma Allah saja tahu perasaan ini. Perasaan berasa begitu diri ini hina. Begitu tidak bersyukur. Serta sering mengeluh dengan ujian yang Dia bagi dalam sengaja atau tidak.

Aku ke satu bank. Untuk mengambil wang untuk berbelanja. Ternampak aku seorang pak cik ini menunggu giliran untuk memasukkan wang. Tersenyum dia. Aku membalas senyumannya. Setelah aku mengeluarkan duit. Pak cik itu datang menyapa kebetulan kami hanya sebelah menyebelah dalam tidak senang dan gelisah.

"Nak, macam mana masukkan duit ni? Pak cik tak tahu."

Aku tersenyum.

"Ada no. akaun nya pak cik?"

"Ada. Nah."
Di kertas renyuk terdapat no. akaun serta nama penuh seseorang.

"Nak, ada duit RM10 dua keping? Pak cik ada RM20. Pak cik nak bagi kat anak pak cik RM10. Kesian dia. Dia nak duit."

"Maaf pak cik. Tak ada."

"Tak apa. Masukkan saja RM20 ni saja."

"Tapi maaf pak cik. Mesin tak terima wang berlipat macam ni. Dia nak yang keras."

Pak cik itu buka dompet. Cuma terdapat berkeping-keping resit dan tiada duit lagi.

Aku cuba dapatkan bantuan orang lain. Alhamdulillah ada yang boleh menukarkan wang untuk pak cik itu. Tak berhenti dia mengucapkan terima kasih lalu beredar keluar dari bank.

Cerita banyak pun tak guna.
Bersyukur ke kita dengan apa yang kita ada sehingga hari ini? 
Tepuk dada tanya iman.
Redha dengan apa yang ada.
Jika RM20 itu terus diberi kepada anaknya.
Apa pak cik itu nak makan nanti?
Moga Allah sentiasa menambahkan iman kita dan sentiasa bersyukur.

Semoga Allah sentiasa bersama kita, dunia akhirat. Inn Shaa Allah, semua.

Monday 5 August 2013

Mehnah.

Bismillahhir rahman nirrahim. Assalamualaikum.


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al Ankabut: 3)



Cuma entry ringkas. Mehnah? Mehnah itu ujian. Ujian Allah pada setiap hambaNya berbeza. Tak semua sama. Lain orang, lain cerita hidupnya. Pentas dunia, semua ada watak tersendiri. Bila datangnya ujianNya. Mudah orang memujuk, "Sabarlah. Ada hikmahNya.". Yang menanggung? Siapa merasa? Betul juga. Habis tu nak pujuk camne lagi kan? Suruh dia sabar, yakinkan dia tentang takdir Ilahi jelah yang kita tahu. Hidup tanpa ujian Rabb?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah Al Ankabut: 2)

Manusia mudah hanyut, lemas dalam lautan kelalaian. Maka, datanglah 'hadiah' oleh Allah untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya. Ini mengingatkan kita kembali yang Allah menilai seseorang dengan keimanan hambaNya terhadap Dia. Bukan pada dasar rupa, harta mahupun pangkat. Semua itu penilai duniawi.

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…

( Al-Baqarah: 286)

Sunday 21 July 2013

Perantau.

Bismillahhir rahman nirrahim. Assalamualaikum.

Lama tak mengahpdate blog. Bukan malas, bukan lazy cuma mencari ruang dan masa yang sesuai. Alhamdulillah. Sebulan sudah di bumi perantauan. Alhamdulilah. Cita-cita bergelar mahasiswa pada umur cenggini dimakbulkan Pencipta.

Ternyata hebat juga percaturan di alam sebegini. Dibebaskan. Seperti burung keluar dari sangkar. Banyak bahaya mendatang dan bakal ditempuhi. Syukur. Cukup aku tahu Allah sentiasa memerhati. Hampir saja solat fardhu dilewatkan sebab assignment. Kejap. Assignment ni ke aku nak tunjuk dulu depan pemilik nyawa aku. Tinggalkan kejap. Baru sebulan. Baru sebulan. Allah. Baru jentikan ujianNya aku terus alpa seketika.

Coursemate. Perempuan. Seakan trauma diusik dari segi yang... Yah...youknowwhatimean.

Nasihat aku, "Cari kawan. Jalan dengan kawan. Kau perempuan. Bahaya."

Dia, "Aku tak nak susahkan..."

Omar menyampuk "Atau kau nak susahkan orang yang jauh daripada kita? Pilih? Kita kat sini, kawan je sebagai teman."

Dia, "Okay. Aku ajak korang kalau nak pergi ATM."

Aku, "Ajak kawan kau sekali. Baru aku dengan Omar follow kau."

Yang menganggu dia pun seolah-olah tidak ada rasa hormat pada golongan Hawa. Sekurang-kurangnya fikir kalau lelaki lain buat cenggitu pada kakak atau adik perempuan sendiri? Fikirlah. One day akan kena pada diri sendiri. Kalau tak isteri kau, anak perempuan kau? Biar kita fikir jauh sangat. Asalkan kita ingat benda buruk, dibalas buruk. Tak di sini, akan di sana.

"Ingat. Dia di atas sana sentiasa memerhati. Dua malaikat di kiri kanan terus mencatat. Ingat. Dia yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa."

Monday 10 June 2013

Kasih Sayang Rasulullah.

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebu tcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau binatang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.

Saturday 20 April 2013

An Advice


Read properly:
Advice to the Muslims to have taqwa when seeking provision, and during hardships and trials.

“Our calamity today is that we have turned away from the main purpose for which we were created, which is: worshiping Allah (tabaaraka wa ta’aalaa). So most of us don’t worship Allah, and the few who do worship Allah don’t know how to worship Him. And one of the things we have forgotten from the preserved Qur’aan that Allaah (‘azza wa jal) blessed upon us as He said: {Indeed it is We who sent down the Dhikr and indeed We will be its guardian} [15:9] – is (the verse): {And whoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make for him a way out. And He will provide for him from where he never could imagine}.
-[65:2-3]

This verse has become as if it was abrogated from the Qur'an, not written down which the Muslims recite day and night. But what is the benefit if the Qur'an is written down in pages and mus-hafs, and that which the walls are decorated with, yet when it comes to the hearts, they are empty? Was the Qur'an revealed for us to decorate our houses with it, recite it over our dead ones, and distance it – in terms of applying and acting upon it – from our living ones? He (ta'ala) said: {That it (the Qur'an) may warn whoever is alive, and that the Word (i.e. the torment) may be justified against the disbelievers}.[36:70] So firstly, the Qur'an was revealed for those alive and not for those who are dead. Furthermore, it was revealed for those alive to act upon it, not to decorate their houses and walls with it.

So this is a verse  mentioned in the Qur'an, but most of the Muslims – especially those whom Allah has blessed with some wealth, who are eager to preserve it and are afraid of it getting lost or robbed from them – have forgotten this verse: {And whoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make for him a way out. And He will provide for him from where he never could imagine}. This verse presents two very important things to the one who has taqwa. Firstly, if he falls into a hardship, He will make a way out for him; and (secondly,) if provision becomes straitened for him, He will provide for him from where he cannot imagine. Nowadays if we fall into a hardship, perhaps one of us will disbelieve in Allaah (‘azza wa jal)and he does not take refuge in Allah, nor does he implore Him with humility, nor does he seek nearness to Him through that which He loves and is pleased with – (his case is not) like what had happened with some people before us, whose account our Prophet (sallAllaahu ‘alayhi wa sallam) narrated to us. It is a story that happened with some people who came before Muhammad (sallAllaahu ‘alayhi wa sallam) was sent, and our Prophet narrated the story to us so that we take it as a lesson and don’t forget, like the previous verse: {And whoever fears Allaah and keeps his duty to Him, He will make for him a way out}. The Messenger (sallAllaahu ‘alayhi wa sallam) said about these people: [Here the Shaikh narrates the famous hadeeth of the three men who got trapped in a cave, each one of whom thereafter supplicated and sought nearness to Allah by means of their righteous deeds, after which Allah responded to them and removed the rock that was blocking the mouth of the cave, thus relieving them].

This is an authentic hadeeth, not just a story. It is a hadeeth of al-Bukhaari and Muslim from the Messenger of Allah (sallAllaahu ‘alayhi wa sallam), not some story from the Israa’eeliyyaat that you may hear for which Allah did not send down any authority.”

Copyright : http://a-heart-revitalized.tumblr.com

Sunday 7 April 2013

Astaghfirullah

One person came to Hasan-Al-Basri(ra) and complained to him that in his area rain was not falling from the skies.
He asked him to say: Astaghfirullah (Forgive me O Allah).

Another person came to Hasan-Al-Basri (ra) and complained about poverty.
He asked him to say: Astaghfirullah (Forgive me O Allah).

After that third person came to Hasan-Al-Basri (ra) and complained that I don’t have children.
He asked him to say: Astaghfirullah (Forgive me O Allah).

After that another person came to Hasan-Al-Basri (ra) and complained to him that the Earth was not growing crops (of food).
He asked him to say: Astaghfirullah (Forgive me O Allah).
The people who were sitting besides Hasan Al-Basri (ra) asked: It’s strange; so many persons came with so many different problems and you asked all of them to say the same thing : Astaghfirullah
Hasan Al Basri(ra) said: Did you not read these Ayaat from Al-Quran : 
10. I said (to them): Ask forgiveness from your Lord, verily, He is Oft-Forgiving;
11. He will send rain to you in [continuing] showers.
12. And give you increase in wealth and children, and bestow on you gardens and bestow on you rivers. 
(Surah Nuh: 71: 10-12)

Friday 5 April 2013

Replied.

Bismillahhir rahman nirrahim. Assalamualaikum. Let's do our precious time with the all sunnah at day of Barakah Jumaah. May Allah ease your days, fellow blogger :)

  • Oh Allah,
  • I told you: I'm in pain
  • You said: 'Do not despair of the mercy of Allah' (39:53)
  • I told you: Many people hurt me
  • You said: 'So pardon them and ask forgiveness for them' (3:159)
  • I told you: I feel I'm alone
  • You said: 'We are closer to him than [his] jugular vein' (50:16)
  • I told you: My sins are so many
  • You said: 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)
  • I told you: Do not leave me
  • You said: 'So remember Me; I will remember you...' (2:152)
  • I told you: I'm facing a lot of difficulties in life
  • You said: 'And whoever fears Allah – He will make for him a way out' (65:2)
  • I told you: I have many dreams that I want to come true
  • You said: 'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)

Friday 22 March 2013

A Letter

If you love me, don’t confess your love to me, this won’t please me and will keep me away! love words don’t attract me. If you love me, wait for me and I will knock on your door in the right time. Don’t give me privileges which I don’t deserve. Keep me away from you, and I will approach you. If you approach me, I will stay away from you. Don’t love me, for I want you ignorant in love. I want to teach you love when the right time come and you will be my Halal, only when we are joined together under our Creator’s satisfaction.
Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you. I am a man who won’t accept to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind the back of her family. I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer.
Put limits to me that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you. Preserve what is beautiful inside you. I want you innocent, chaste, pure. I want you dear, not easy. And then, Only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you
How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity? How would I be faithful to you if I push you to betray your family? How could I trust a love which grew under Allah’s wrath ? To love you means to protect you, to preserve you not to kill what is beautiful in you.
Don’t be easy because then, I may not value you. Don’t love me now, so I won’t hate you! My heart wants you and doesn’t want to lose you. I don’t want you to be just a passing fancy to me, I want you a wife, a lover, the mother of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with.

Monday 25 February 2013

Kisah Percintaan Saidina Ali Abi Talib

Assalamualaikum. Kisah Saidina Ali iaitu sahabat Rasulullah kesayangan kita dan puteri tercinta baginda Fatimah Az-Zahra menjadi pemula bicara.

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah SAW. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar : ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar : Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar. Inn Shaa Allah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta. ” gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq R.A. Umar Ibnul Khatab R.A. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah SAW duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah SAW. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq R.A. “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali R.A. Sewaktu Ali R.A. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq R.A. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq R.A. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah SAW. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar R.A. mata Saidina Ali R.A. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali R.A. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar R.A. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali R.A. Abu Bakar R.A. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar R.A. berhasil mendorong keberanian Imam Ali R.A. untuk melamar puteri Rasul Allah SAW.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali R.A. datang menghadap Rasul Allah SAW yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah SAW menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum memuaskan Ummu Salmah R.A. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah SAW menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah R.A.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah SAW mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib R.A. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.

Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda.”

‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu?”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu” 


Allah. Indahnya percintaan mereka :')