Monday 5 August 2013

Mehnah.

Bismillahhir rahman nirrahim. Assalamualaikum.


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al Ankabut: 3)



Cuma entry ringkas. Mehnah? Mehnah itu ujian. Ujian Allah pada setiap hambaNya berbeza. Tak semua sama. Lain orang, lain cerita hidupnya. Pentas dunia, semua ada watak tersendiri. Bila datangnya ujianNya. Mudah orang memujuk, "Sabarlah. Ada hikmahNya.". Yang menanggung? Siapa merasa? Betul juga. Habis tu nak pujuk camne lagi kan? Suruh dia sabar, yakinkan dia tentang takdir Ilahi jelah yang kita tahu. Hidup tanpa ujian Rabb?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah Al Ankabut: 2)

Manusia mudah hanyut, lemas dalam lautan kelalaian. Maka, datanglah 'hadiah' oleh Allah untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya. Ini mengingatkan kita kembali yang Allah menilai seseorang dengan keimanan hambaNya terhadap Dia. Bukan pada dasar rupa, harta mahupun pangkat. Semua itu penilai duniawi.

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…

( Al-Baqarah: 286)